Home Berita PAS Kedah

Timbalan Menteri dan Exco tinjau operasi PKOB

248
SHARE

PENDANG – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim telah mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pendang, di sini hari ini.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman turut menyertai tinjauan bertujuan mendapatkan makluman perjalanan pengurusan di pusat bantuan itu.

PKOB Pendang berfungsi untuk menjadi tempat aduan dan bantuan kepada penduduk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Ia diuruskan secara kolaborasi antara Pejabat Daerah Pendang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam dan Pusat Kesihatan Daerah.

Juga Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) bagi memastikan setiap aduan diberi perhatian dan tindakan yang lancar diambil pihak PKOB.

Datuk Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata, “Saya amat berharap semua agensi atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sesiapa saja yang hendak menyumbangkan agar menyerahkan kepada PKOB untuk menyampaikan kepada rakyat agar ianya dapat diselaraskan dengan baik.

“Saya juga akan memberikan kerjasama penuh SAMA ada keperluan kewangan dan khidmat nasihat untuk kita berkempen kepada rakyat agar segera mendaftar Program Pemberian Vaksin (PPV),” ujarnya lagi.

Penolong Pegawai Daerah Pendang, Muhammad Annas Baharuddin memaklumkan seramai 28,000 penduduk sudah mendaftar untuk vaksinasi melalui My Sejahtera.

Tetapi katanya, jumlah itu masih pada tahap yang rendah berbanding sasaran kerajaan sebanyak 80 peratus dari jumlah penduduk berusia 18 tahun keatas.

Bagi mengatasi masalah ini katanya, semua pihak bersepakat untuk merancang dan menumpukan kerja-kerja berkempen di setiap kampung bagi mencapai sasaran kerajaan.