BUKIT KATIL, 8 Jun : Lajnah Dakwah PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Cempaka telah menganjurkan Ceramah Perdana Badar Kubra pada hari ini di Balai Islam Darul Ehsan, Peringgit Jaya.
Program bermula dengan majlis berbuka puasa, kemudian tazkirah maghrib, seterusnya solat Isyak & tarawih dan diikuti pula oleh ceramah yang disampaikan oleh ustaz Fauzi Hussin, AJK PAS Pusat. Turut hadir adalah YDP PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ramli Dalip bersama Ketua Pemuda, Mohd Taufik Abd Rahman.
Kira-kira 70 orang hadir mendengar ceramah yang berkisar tentang Peperangan Badar yang tercetus pada bulan Ramadhan, yang mana para Sahabat diuji dengan dahsyat sebelum diberikan nusrah daripada langit. Melalui program ini, pihak penganjur berharap ia dapat memberi suntikan semangat bagi menghadapi PRU ke 14.
Penganjur program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program.
{jathumbnail off}