Oleh : NorJuliana Yaacob
JERAI : Kejadian ombak besar yang berlaku sejak semalam telah menyebabkan para nelayan di Kuala Sungai Limau Yan mengalami kerugian besar.
Menurut Ahli Parlimen Jerai, bot yang dimiliki salah seorang nelayan telah pun karam dan tidak dapat digunakan lagi.
“Ketika melakukan tinjauan saya dapati terdapat bot mereka karam dan rosak teruk,” katanya.
Katanya, keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat turun ke laut mencari rezeki.
“Selain merosakkan bot, ombak besar berkenaan turut merosakkan kawasan nelayan meletakkan bot mereka.
“Jalan merah yang dibina bagi tujuan kemudahan kepada nelayan turut rosak dibadai ombak,” katanya.
YB Ustaz Sabri telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada ketua komuniti nelayan bagi meringanlkan bebanan yang ditanggung mereka.
“Diharapakan pihak berwajib turun memantau keadaan lokasi berkenaan secepat mungkin,” katanya.