SEMALAM Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perlaksanaan ‘total lockdown’ bermula 1 Jun ini.
Seperti yang dijangka, pembangkang dan sekutunya sudah mula menyenaraikan apa yang perlu diberi oleh kerajaan kepada rakyat.
Sebenarnya kerajaan sendiri memang ada perancangan memberi bantuan yang bakal diumumkan. Namun kerajaan perlu kepada berbagai-bagai prosedur dan bukan jual air liur seperti pembangkang dan sekutunya.
Sampai masa nanti pasti ia akan diumumkan. Rakyat pasti dibantu walau pun dalam keadaan kewangan negara yang meruncing sekarang ini.
Kadang-kadang bila melihat gelagat pembangkang dan sekutunya ini yang cuba untuk mengajar kerajaan bagaimana untuk membantu rakyat saya teringat filem ‘Zombie Kampung Pisang’.
Dalam satu babak, watak seorang pembantu perubatan, Sofi, lakonan Soffi Jikan datang untuk memeriksa mayat Pak Abu lakonan Zami Ismail. Tiba-tiba watak Husin lakonan Awie berkata “nak periksa nadi dia pegang pergelangan tangannya.”
Jadi nampaklah macam Husin bijak. Pada hal sebagai Pembantu Perubatan, watak Sofi itu sudah pasti lebih dari tahu tentang perkara itu. Tak perlu orang yang bukan bidangnya untuk mengajarnya.
Pesta pembangkang menjadi juara
Kita akan tengok nanti pesta pembangkang dan sekutunya untuk menjadi juara. Nanti kalau kerajaan umum bantuan RM1000 dia akan cakap “tak cukup RM1000, sepatutnya RM2000”. Mudah saja untuk jadi juara rakyat.
Pembangkang dan sekutunya yang akan cuba menjadi juara ini hakikatnya semasa mereka berpeluang menjadi kerajaan dahulu mereka juga yang berbangga memberi RM30 bantuan tunai kepada rakyat. Mereka juga yang potong berbagai-bagai bantuan kepada rakyat.
Mereka juga semasa memerintah dahulu yang mengatakan subsidi kepada rakyat adalah beban kepada negara. Ingat lagi ke tidak? Sedikit demi sedikit subsidi mereka hapuskan walau pun pada masa itu negara tidak mempunyai masalah kewangan seperti sekarang.
Dan sekarang orang-orang inilah yang cuba menjadi juara membela nasib rakyat. Inilah sikap bermuka-muka ahli politik oportunis.
Satu lagi, jangan ada sesiapa yang mengaku zaman pemerintah mereka jauh lebih baik daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang. Apa yang dihadapi oleh kerajaan PN sekarang adalah satu masalah yang tidak pernah dihadapi oleh mana-mana kerajaan pun sebelum ini.
Kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak pernah melalui dugaan dan ujian sedahsyat ini. Semasa pemerintahan mereka ekonomi dalam keadaan baik dan tiada bencana seperti ini.
Jika parti mereka yang memerintah pada masa sekarang belum tentu lagi mereka boleh buat lebih baik daripada PN. Sudahlah dalam keadaan bilangan sokongan Ahli Parlimen yang flip-flop ditambah dengan krisis kesihatan, menghasilkan krisis ekonomi pula.
Berat dugaan yang ditanggung PN, namun rakyat tetap menjadi keutamaan.
IBNU JANIE
Editor
CPP Berita PAS Melaka dan WARM
Jabatan Penerangan PAS Melaka
AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH
. SAMBAL IBU SARI .