Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 6 kematian! Seorang darinya wanita sindrom down

332
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 23 Mei : Seorang wanita penghidap sindrom down berumur 39 tahun adalah antara enam kes kematian akibat Covid-19 yang direkodkan di negeri Melaka pada hari ini!

Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKNM wanita tersebut yang berasal daripada Mukim Tanjung Rimau Alor Gajah adalah kontak rapat ahli keluarga positif.

“Sebab kematian ialah Covid-19 pneumonia with Cytokine release syndrome complicated withsecondary bacterial infection,” kata laporan itu.

Tambah laporan itu, empat kes kematian lagi melibatkan warga emas berusia 92 (wanita), 84 (lelaki), 77 (wanita) dan 70 (wanita) tahun dan seorang lagi wanita berusia 43 tahun.

Menurut JKNM lagi empat daripada mereka mempunyai latarbelakang penyakit antaranya jantung, kencing manis, dislipidemia dan masalah buah pinggang kronik.

JKNM turut melaporkan sebanyak 209 kes positif baharu direkodkan hari ini dengan 199 kes adalah daripada kategori tempatan, sembilan kes daripada kes import sementara satu kes lagi adalah daripada kes Banduan/OKT.

Jabatan itu juga melaporkan sebanyak 58 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, sementara 1389 kes masih dirawat dengan 51 kes adalah daripada kes ICU dan sembilan kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Tambah laporan itu lagi, satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Terendak Permai yang merupakan kluster komuniti melibatkan sebuah Surau,Taman Terendak Permai, Sungai Udang Melaka.

“Punca jangkitan terhadap indek kes adalah masih dalam siasatan. Disyaki jangkitan komuniti iaitu sporadik kerana kes indeks telah bergejala dan kes indeks masih lagi berkumpul di tempat ibadah.

“Merebak di kalangan kontak keluarga dan kontak sosial di surau. 24 kes positif, tiga negatif sementara 190 masih menunggu keputusan,” kata laporan itu.

JKNM turut melaporkan bahawa terdapat juga pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu 22 kes bagi Kluster Kampung Hilir ; 11 kes bagi Kluster Kesang Indah; empat kes bagi Kluster Kampung Kemuning; satu kes bagi Kluster Jalan Dato Dol Said; lima kes bagi Kluster Tanjung Minyak dan lapan kes bagi Kluster Industri Batu Berendam.

Mukim-mukim dalam Negeri Melaka yang berada di dalam zon merah hari ini ialah mukim Durian Tunggal, Kelemak, Sungai Baru Ilir dan Sungai Baru Tengah di Daerah Alor Gajah; mukim Balai Panjang, Bandar Melaka, Batu Berendam, Bertam, Bukit Katil dan Sungai Udang bagi Daerah Melaka Tengah; sementara bagi Daerah Jasin pula ialah mukim Merlimau.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan 6976 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2235 kes diikuti oleh Sarawak yang mencatatkan 663 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 49 kes kematian baharu direkodkan hari ini sementara keseluruhan kes terkumpul dicatatkan di Malaysia berjumlah 512,091 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .