Home Berita PAS Kedah

Warga emas dinasihat tidak keluar rumah

127
SHARE

Oleh AZIZAH AKHILAH

KOTA SARANG SEMUT, 18 Mei : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dilaksanakan di 28 Mukim di Kota Setar bermula 19 Mei hingga 1 Jun selepas PKPD di Kubang Pasu bagi mengekang penularan covid 19 di dua daerah ini.

Sepertimana dijangka, nilai Rt 1.28 dicatatkan Kedah dua hari sebelum raya yang diumumkan Kementerian Kesihatan memberi isyarat yang jelas risiko penularan di negeri Kedah.

YAB Tn Hj Muhammad Sanusi Md Nor ketika sidang media dalam majlis penyerahan sumbangan tabung palestine memaklumkan bahawa PKPD di Kubang Pasu dan Kota Setar terpaksa dilaksanakan bagi mengekang penularan covid 19, berdasarkan pengalaman PKPD Kota Setar hujung tahun lepas kerajaan telah bersedia membantu kepada keluarga yang tidak dapat bekerja. Bakul Makanan telah disediakan dan kerajaan negeri telah membuat anggaran bagi membantu keluarga yang tidak mampu ini.

PKPD perlu dilaksanakan kerana fasaliti Kesihatan di negeri Kedah khususnya untuk ICU di Hospital Sultanah Bahiyah telah cecah 78%. Kalau tak laksana PKPD kes kemungkinan akan meningkat ke 450 sehari.Langkah yang perlu pada waktu ini minta penduduk bersabar untuk kebaikkan kita semua dinasihati juga agar warga emas yang berusia 60 tahun ke atas supaya jangan keluar rumah ini kerana golongan ini berisiko tinggi.

Kerajaan bersetuju untuk membuka pusat rawatan covid bagi tahap 1 dan 2 di Dewan Wawasan Jitra ini kerana tempat di hospital tak dapat menampung lagi pesakit, kolej jururawat di Sungai Petani pun dah tak muat. Berdasarkan permintaan Jabatan Kesihatan pihak kerajaan negeri bersetuju menyediakan kawasan luas seperti dewan wawasan yang boleh menampung 400 katil.

Dewan wawasan dalam pembaikkan bumbong yang bocor, katil katil akan dimasukkan secepat mungkin selepas selesai proses pembaikkan. Pihak kerajaan telah memberi nasihat berulang kali kepada semua supaya mematuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.