Pesuruhjaya PAS Selangor
Nakbah Palestin yang menjadi tanda dan kesan diingati oleh seluruh umat Islam pada setiap 15 Mei adalah bagi memperingati sejarah peristiwa hitam yang melanda bumi barokah, bumi Al-Quds, bumi rakyat Palestin dan umat Islam pada tahun 1948.
Nakbah atau malapetaka di ibaratkan sebegitu agar kesan peristiwa itu berterusan dalam jiwa rakyat Palestin dan seluruh dunia umat islam. Tujuannya agar setiap generasi sepanjang zaman mengingati detik bencana pencerobohan dengan penubuhan negara haram Israel oleh pihak zionis antarabangsa laknatullah pada 15 Mei 1948.
Sebagai umat Islam, apa yang berlaku kepada Palestin, ianya seperti menimpa sendiri kepada umat Islam. Sakit mereka di bumi Palestin, sakit jua bagi seluruh umat Islam.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor