Home Kenyataan Media PAS Kedah

Siaran Media : Tindakan Zionis-Israel melampau dan mencabar kesabaran Ummah

282
SHARE
SIARAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS KEDAH
TINDAKAN ZIONIS-ISRAEL MELAMPAU DAN MENCABAR KESABARAN UMMAH
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Sejahtera.
Ramadan Al-Mubarak bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi meninggalkan pelbagai nikmat dan ganjaran untuk orang-orang beriman yang menjalani ibadah dengan penuh ketaqwaan.
Namun kemulian Ramadan kali ini tercemar dengan tindakan melampau pihak berkuasa Zionis-Israel ke atas umat Islam yang hadir bagi mengimarah Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin khususnya pada 10 hari terakhir bulan penuh barakah ini.
Tindakan Israel merosakkan pembesar suara untuk menghalang laungan azan, menyerbu masuk dan menyuraikan jemaah Ketika sedang solat isyak dan tarawih, menutup laluan masuk, Dan paling terkini, serangan roket di Semenanjung Gaza adalah provokasi yang amat melampau dan mencabar kesabaran ummah.
Dimaklumkan setakat ini puluhan umat islam yang gugur syahid termasuk kanak-kanak , ratusan yang cedera dan ditahan semata-mata mempertahankan tanah suci ke-3, dan Kiblat pertama umat Islam.
PAS Kedah tegas dan menyatakan solidariti bersama pelbagai negara, badan dan gerakan Islam seluruh dunia mengecam tindakan kekerasan pihak berkuasa Zionis-Israel ini dan menuntut supaya segera dikembalikan keamanan di sana.
PAS Kedah yakin akan wujud gelombang Intifada yang lebih besar menentang negara haram Israel dan membebaskan bumi suci Palestin milik mutlak umat Islam.
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: “لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ”. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: “بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ” – رواه الإمام أحمد
Daripada Abi Umamah Al-Bahili RA meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda, “Akan sentiasa wujud daripada umatku, sekumpulan yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walaupun dipinggirkan dan dirintangi kesusahan, melainkani semua itu hanyalah ujian, sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian”. Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya.”
“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”
YB SENATOR USTAZ AHMAD BIN YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
29 Ramadhan 1442H | 11 Mei 2021