Oleh ABU HARITH
KOTA MELAKA, 8 Mei : “Staf PASTI aset berharga yang perlu dijaga dan diraikan sebaik mungkin kerana merekalah tulang belakang yang menggerakkan institusi pendidikan ini.
“Tanpa mereka, akhlak, pengetahuan dan kemahiran tidak akan berkembang dengan baik khususnya kepada anak-anak kecil yang perlu dibentuk dengan acuan pendidikan yang betul”.
Demikian dinyatakan Pengurus PASTI Assyafie, Taman Seri Telok Mas, Mohd Farid Eshak ketika berucap di Majlis Iftar dan Serahan Sumbangan kepada enam orang guru serta pembantu PASTI ini di Hatten Hotel Melaka, di sini, semalam.
“Guru dan pembantu PASTI diharapkan dapat terus istiqomah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersemangat walaupun negara masih dilanda Covid-19 yang kita tidak tahu bila akan berakhir,” ujarnya lagi.
Bagi Ketua Cawangan PAS Taman Seri Telok Mas, Asahruddin Kolil pula, staf PASTI adalah ‘wira yang tidak didendang’ yang sebenarnya telah banyak memberi sumbangan mereka terutama kepada pembangunan pendidikan.
“Tanpa mereka, sistem pendidikan negara tidak ada makna besar kerana mereka inilah yang memberi asuhan pertama kepada anak-anak melalui asas membaca, mengira dan mengaji al-Quran” tambahnya lagi.
AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH
. SAMBAL IBU SARI .