KUALA KEDAH – “Bila lahir disambut bidan, boleh membaca start mengaji al-Quran, bila menganjak usia terseliuh bagai cari bomoh patah, hinggalah meninggal dunia guna khidmat juru mandi jenazah dan penggali kubur.”
Penyelaras DUN Anak Bukit, Rashidi Abd Razak berkata sedemikian sebagai menggambarkan putaran hidup seseorang yang sangat berkait dengan orang-orang penting dalam masyarakat tersebut.
Mereka ialah guru al-Quran, bidan, bomoh patah, juru mandi jenazah dan penggali kubur yang pada tahun ini menerima penghargaan menerusi pemberian wang tunai diperuntukkan Kerajaan Negeri Kedah.
“Itulah khidmat bakti mereka kepada kita, kerajaan menghargai sumbangan mereka,” ujar beliau pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan di Pusat Khidmat Penyelaras DUN Anak Bukit, di sini semalam.
Seramai 225 penerima memperolehi pemberian wang tunai RM200, kain pelikat, kain batik dan buah kurma yang merupakan peruntukan RM45,000 untuk DUN Anak Bukit bagi tujuan sumbangan tersebut.
Ianya merupakan sebahagian daripada RM2.1 juta untuk serahan di semua 36 DUN dalam negeri ini kepada golongan tersebut yang diluluskan dalam Bajet Kedah 2021 oleh Sidang DUN Kedah