Home Berita PAS Johor

Guru dan pelajar PASTI Nik Aziz dirai

89
SHARE

Oleh Ahmad Faris

Sri Gading, 6 Mei : PAS Cawangan Parit Besar berbesar hati memberikan sumbangan berupa duit raya kepada guru dan pelajar PASTI Nik Aziz pagi ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Cawangannya iaitu Suhaimi Misman dalam majlis yang serba ringkas.

“Sumbangan ini adalah program tahunan cawangan kami, duit raya yang disumbangkan ini hanya nak bagi ceria suasana raya anak-anak pelajar sahaja.” Kata Suhaimi ketika ditanya berkenaan aktiviti tersebut. Suhaimi juga berkata bahawa sumbangan duit raya kepada guru dan pembantunya adalah tanda prihatin dan terima kasih di atas komitmen dan kesungguhan mereka membantu membimbing dan mendidik anak-anak Parit Besar.

Sudah menjadi adat dan budaya di dalam mana-mana perayaan di Malaysia ini berbagi duit raya. Budaya ini dapat memupuk minat orang ramai terutama yang lebih tua sifat bersedekah. Aktiviti ini juga bakal melahirkan masyarakat yang suka menyumbang dan berinfaq.

Seramai seorang guru dan seorang pembantu serta 20 orang pelajar telah dihadiahkan duit raya. Sumbangan yang disampaikan oleh Ketua Cawangan itu turut diiringi oleh Pengerusi PASTI Cawangan iaitu Muhammad Sufyan Ahmad. Sufyan juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan.

PAS Cawangan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang duit raya pada tahun ini. Kami mendoakan agar dikurniakan rezki yang melimpah ruah dan berlipatkali ganda.