Home Berita PAS Kedah

Kedah beri RM1,000 bantuan khas Aidilfitri

304
SHARE

ALOR SETAR – Kerajaan negeri memberi bantuan khas Aidilfitri RM1000 kepada 5300 kakitangan kerajaan yang mencecah RM5.3 juta.

“Beberapa negeri mengumumkan jumlah yang sama dengan Kedah. Kita pun ambil kira hasil-hasil kutipan kerajaan negeri untuk tahun 2021 yang agak baik berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Kutipan tahun ini meningkat RM105 juta,” ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Katanya, kutipan hasil ini meningkat disebabkan kerja keras maksimum yang dijalankan oleh kakitangan dengan pelaksanaan yang cepat dan tuntas.

“Kita menghargai kerja keras dibuat kakitangan kerajaan dan diberi bantuan khas Aidilfitri ini akan dapat sebelum raya,” ujarnya lagi.

Maklumnya lagi, tarikh akhir urusan pembayaran elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan dibayar sebelum 5 Mei ini dan diuruskan oleh setiap pejabat daerah.

‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#KerajaanPrihatin