Ramadhan 1442H: Bersama Meraih Taqwa
Ramadhan adalah suatu bulan yang amat dinantikan oleh umat Islam, dengan ganjaran pahala berlipat ganda ke arah meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah seperti firmanNya:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 183)
Manfaatkanlah bulan ini sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan menambahbaik kualiti diri kita sebagai seorang hamba.
Tidak dilupakan juga amalan-amalan lain yang melibatkan masyarakat seperti bersedekah dan solat tarawih, semoga ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita.
Akhirnya, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan Ramadhan Kareem kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan khususnya, semoga kita semua berjaya meraih darjat taqwa yang tertinggi di akhir madrasah Ramadhan kita ini.
Siiru ‘ala barakatillah.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
‘Wilayah Sejahtera’
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
13 April 2021 l 1 Ramadhan 1442H