Home Artikel PAS Sabah

PAS Papar anjur program Ambang Ramadan dan Edaran Sumbangan Asnaf

219
SHARE

Oleh: Nurul Natasya binti Samsure
12 April 2021

Papar: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Papar telah mengadakan program Ambang Ramadan dan Edaran Sumbangan Asnaf bertempat di Surau Kampung Gusi, petang kelmarin .

Program yang berlangsung sekitar pukul 4:30 petang itu telah dihadiri oleh Ustaz Azman bin Jupri Ketua Urusan Ulama PAS Papar, Hendri Hamsah Ketua Pemuda PAS Papar dan Ustaz Azman bin Haji Karim Pengerusi PAS Cawangan Kampung Gusi serta beberapa AJK PAS Papar.

Turut dijalankan serentak dalam Program Ambang Ramadan itu ialah program ziarah dan sumbangan air ruqyah untuk mereka yang sakit dan sedikit agihan sumbangan untuk asnaf. Program diakhiri dengan Majlis Istiqbal Ramadan.

Ustaz Azman Jupri berharap semoga dengan sedikit penyerahan air ruqyah dan sumbangan yang disampaikan dapat memberi afiah dan kesihatan kepada mereka yang sakit sekali gus mengukir secebis senyuman di wajah mereka untuk bertemu Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.