Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan hargai RTM sempena ulang tahun ke-75

125
SHARE

9 April 2021
Muhd Sabri Mohd Ramli

KOTA KINABALU: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) melakar detik bersejarah meraikan dua sambutan utama iaitu ulang tahun ke-75 penubuhan RTM dan ulang tahun ke-60 Orkestra RTMpada hari Khamis 1 April 2021 yang lalu.

Justeru, PAS Putatan mengambil inisiatif meneruskan aktiviti tahunannya, menghantar kek sebagai tanda meraikan tarikh yang bermakna buat RTM.

Ustaz Haji Muhammad Akmal bin Othman, Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan bersama beberapa orang ahli jawatankuasanya telah meluangkan masa untuk bersama-sama mengunjungi bangunan RTM Kota Kinabalu yang berada di Jalan Lintas Kepayan.

“Sejak dari bangku sekolah rendah lagi, RTM telah menjadi pilihan untuk ditonton bersama keluarga ketika masa lapang”, ujarnya.

Kali ini sangat istimewa, penyerahan 2 biji kek penghargaan oleh Ustaz Muhammad Akmal dilakukan di dalam konti Sabah FM. Turut hadir para kakitangan RTM, antaranya Dj Fathin Alliza Jamal dan ramai lagi.

Menurut Ustaz Muhammad Akmal, PAS Putatan sentiasa menghargai jasa bakti RTM. Semoga ziarah sebegini menjadi pembakar semangat RTM untuk terus menjadi penyampai maklumat yang bermanfaat buat rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek seperti bidang pendidikan, keagamaan, hiburan dan lain-lain.

Bertepatan dengan RTM slogan ‘Teman Setia Anda’, RTM telah 75 tahun menjadi suara penghubung antara kerajaan dan rakyat, menerusi enam saluran TV dan 34 stesen radio dan terus signifikan dalam memberikan maklumat terkini kepada rakyat Malaysia.