Home Berita PAS Perlis

Golongan MOSWAY Terus Dibantu

258
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

PADANG BESAR: Sempena bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba, PAS Cawangan Belukar Hutan Temim telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan berupa kotak makanan kepada golongan MOSWAY, semalam.

Seramai 20 orang penduduk kampung daripada Kampung Belukar dan Kampung Hutan Temin dekat sini, yang tergolong dalam golongan MOSWAY telah menerima sumbangan berkenaan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Saad Seman.

Menurut Saad, sumbangan berkenaan adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban para penerima yang rata-ratanya terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan.

“Apa yang kita harapkan adalah dengan sedikit sumbangan yang diberikan ini akan memberi sinar kegembiraan buat mereka menyambut Ramadhan yang akan tiba nanti,” katanya ketika ditemui di sini.

“PAS Kawasan Padang Besar juga mengajak orang ramai agar dapat bersama-sama kami dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan kerana apa yang kita kerjakan ini bakal menjadi saham terbesar kita di akhirat nanti,” katanya ketika ditemui di sini.