Home Berita PAS Perlis

Agihan Bakul Makanan PN Parlimen Kangar Ramadhan Ini

467
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Seramai 3000 penerima dalam Parlimen Kangar dijangka bakal menerima sumbangan Bakul Makanan pada bulan Ramadhan nanti.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Abdul Jamil Kamis, untuk fasa pertama, pihaknya telah menerima sebanyak 1200 kotak bakul makanan untuk diagihkan pada Jumaat lalu.

“Selain daripada jumlah yang telah diterima ini, sebanyak 800 kotak bakul makanan untuk edaran di DUN Bintong, 800 buah untuk DUN Kuala Perlis dan 300 buah untuk DUN Indera Kayangan dijangka tiba secara berperingkat dalam masa terdekat.

“InsyaAllah, satu majlis pelancaran akan diadakan dalam bulan Ramadhan nanti dan selepas itu, bakul-bakul makanan ini akan mula diagihkan kepada para penerima yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis,” katanya ketika dihubungi.

Program Bakul Makanan diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat di seluruh negara.

Sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan untuk menjayakan program yang dilaksanakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu.