Home Berita PAS Perlis

Lebih 600 Penduduk Terima Bantuan PN Perlis

435
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

PADANG BESAR: Ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin hangat dirasai, Perikatan Nasional (PN) Negeri Perlis terus menjadikan agenda membantu rakyat sebagai keutamaan perikatan tersebut.

Pelbagai program bersama masyarakat, khususnya mereka yang memerlukan bantuan giat dijalankan di seluruh negeri ini.

Semalam, lebih 600 orang penduduk yang tinggal dalam DUN Beseri telah diberikan bantuan Bakul Makanan Permai.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Padang Besar Haji Abdul Karim Mat Rejab dan Ketua Bahagian Bersatu Padang Besar Izizam Ibrahim adalah antara yang hadir dalam program tersebut.

Abdul Karim ketika ditemui berkata, penganjuran siri program serahan bantuan kepada rakyat yang diadakan menjadi bukti betapa PN bukan sekadar perikatan politik.

“Tetapi gabungan ini (PN) merupakan tawaran baharu kepada rakyat dan akan menjadi sebuah gabungan politik yang komited menjadikan rakyat serta negara sebagai keutamaannya.

“PN sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan Insya Allah, lebih ramai yang memerlukan bantuan akan kita bantu dalam siri-siri program yang akan datang,” katanya.