Home Artikel PAS Perlis

DUPNPs Bakal Adakan Pelancaran Ihya’ Ramadhan

234
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KANGAR : Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Peringkat Badan Perhubungan Pas Negeri Perlis akan diadakan pada hari Selasa, 6 April 2021 bertempat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) dekat sini.

Program anjuran Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis diadakan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis.

Acara bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Al-Ma’thurat dan majlis perasmian.

Perasmian program akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Perlis Mohd Shukri Ramli.

Muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.