Sadong Jaya, 28 Mac 2021 : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan(LKK) PAS Sarawak bersama Muslimat Sarawak turun padang mengagihkan sumbangan kepada penduduk sekitar Sadong Jaya, semalam.
Sebanyak dua puluh keluarga menjadi penerima sumbangan dan telah menerima sekampit beras dan beberapa keperluan dapur yang lain dalam Program Ziarah Kamek Prihatin yang dijalankan secara bulanan yang diketuai oleh LKK PAS sarawak, Morshidi Hasan.
Ketua LKK Muslimat PAS Negeri Sarawak, Habsah Bujang sekaligus menyantuni dan menyampaikan sumbangan orang ramai sebanyak RM4500 kepada keluarga Zulhilmi Ibrahim yang mempunyai bayi kembar tiga di mana dua orang daripada bayi tersebut mengalami masalah jantung berlubang dan usus.
Turut sama hadir adalah Ketua Pemuda PAS Sadong Jaya Abdul Rahman Hj Hassan dan Timbalan Pengarah JPRM Muslimat PAS Sarawak Mariana Tumil dalam menyantuni keluarga berkenaan.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada mereka memerlukan perhatian dan bantuan bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan harian melalui akaun Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (11013010073531 Bank Islam).