VAKSIN COVID19 PERCUMA BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA ; BUKTI KERAJAAN PN PRIHATIN KESELAMATAN SEMUA RAKYAT
Hari ini merupakan sejarah besar buat negara kita. Pesawat Malaysia Airlines MH604 dihiasi Jalur Gemilang yang membawa kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi tadi.
Ketibaan pesawat yang membawa 312,390 dos vaksin dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Vaksin ini sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB PM akan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia. Ini menunjukkan begitu prihatinnya pihak kerajaan kepada semua rakyat bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan hidup.
Vaksin ini akan diberikan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 24 Februari ini membabitkan tiga fasa.
Fasa pertama katanya, akan membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan, dengan program imunisasi dijadualkan tamat pada April.
Fasa kedua pula membabitkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Mereka ialah warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini. Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021.
Manakala fasa ketiga membabitkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula Mei hingga Februari tahun depan, dengan fasa ini bertujuan membentuk perlindungan kelompok, seterusnya mengawal pandemik secara menyeluruh.
Program imunisasi yang dilaksanakan ini adalah merupakan satu program mensejahterakan semua rakyat sesuai dengan konsep Islam yang sememangnya mementingkan keselamatan nyawa sebagaimana yang telah tercatat di dalam maqasid syariah.
Dewan Pemuda PAS Pahang menyambut baik pelan imunisasi ini yang telah disusun oleh pihak kerjaan.
Kerajaan PN, kerajaan prihatin rakyat.
Sejahtera Bersama Islam
Zarimi Shubrawi
NKP DPPNP
https://www.facebook.com/210212482508598/posts/1555823431280823/?d=n