Home Artikel PAS Wilayah

Selamat Menduduki Peperiksaan Sesi 2020 – BPPWP

240
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bermula esok.

Kami bersama seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar kalian semua dipermudahkan urusan, diberi kelancaran untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan, serta mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Menjalani peperiksaan dalam situasi norma baharu semestinya mencabar dari sudut pelajar dan guru-guru, mahupun ibu bapa. Namun begitu, diharapkan agar kita semua terus bersemangat untuk memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak pelajar kita.

بالتوفيق والنجاح في الإمتحان
Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
21 Februari 2021 l 9 Rejab 1442H