Home Dewan Ulamak PAS Pusat

DIDIKTV KPM: Terus Suburkan Budaya Ilmu Menerusi Saluran Umum

373
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

5 REJAB 1442  l  17 FEBRUARI 2021

DIDIKTV KPM : TERUS SUBURKAN BUDAYA ILMU MENERUSI SALURAN UMUM

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas usaha mewujudkan DidikTV yang baru sahaja dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin pada pagi tadi sebagai platform informasi dan budaya ilmu khususnya buat para pelajar sekolah dengan penerapan silibus yang berfokus.

2. Kewujudan DidikTV adalah amat menepati masanya dalam membantu sekaligus melengkapkan usaha bagi memastikan sistem pendidikan dan pembelajaran terus dilangsungkan secara konsep sama rata terutama bagi golongan B40 yang mengalami kekangan memiliki peranti yang bersesuaian serta kalangan para pelajar yang duduk di pedalaman mengalami kesukaran mencapai internet.

3. Cabaran PdPR dalam tempoh sekarang ini yang dijalankan terdapat beberapa keluhan dari kalangan para guru dan para ibu bapa namun dengan wujudnya saluran DidikTV ini menunjukkan bukti keprihatinan kerajaan sekarang mendengar keluhan fan berusaha menyedikan platform yan terbaik lagi membantu semua pihak.

4. Platform ini wajar dipuji dan perlu disambut baik oleh semua pihak. Isu pendidikan adalah isu besar malah secara prinsipnya bagi negara membangun yang merancang kemajuan dan kesejahteraan, isu pendidikan mestilah menjadi agenda utama. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan para ibu bapa untuk memastikan setiap generasi berhak mendapat pendidikan yang sama rata antara satu sama lain.

5. Islam sendiri amat menitik beratkan soal pendidikan dan pengajian. Dapat dilihat bagaimana perkembangan Islam adalah dengan ilmu. Bermula di Mekah, wahyu yang diturunkan menekankan aspek pembentukan pemikiran yang benar serta memandu manusia berfikir dengan timbangan neraca kebatilan. Malah tugas mendidik menjadi mulia kerana ia merupakan tugas Rasul ke atas umatnya.

Firman Allah SWT :

(هُوَ ٱلَّذِی بَعَثَ فِی ٱلۡأُمِّیِّـۧنَ رَسُولࣰا مِّنۡهُمۡ یَتۡلُوا۟ عَلَیۡهِمۡ ءَایَـٰتِهِۦ وَیُزَكِّیهِمۡ وَیُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُوا۟ مِن قَبۡلُ لَفِی ضَلَـٰلࣲ مُّبِینࣲ)

Maksudnya :
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. – [Surah Al-Jumu’ah 2]

6. Malah sebelum ini juga, pendidikan menerusi platform televisyen umum ini juga telah berlangsung dengan silibus KAFA di siaran TV al Hijrah. Usaha-usaha sebegini sangat baik dalam merakyatkan soal pendidikan secara kesama rataan bagi memastikan usaha semaksima mungkin agar tiada pelajar yang tertinggal dalam pendidikan.

7. Dalam masa yang baik, perkembangan usaha mewujudkan pelbagai platform pendidikan dan budaya ilmu diharapkan dapat membangunkan generasi yang intelek. Ia lebih baik dari “hidangan” hiburan semata-mata yang disiarkan yang akhirnya boleh merosakkan generasi jika tidak dikawal.

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

*YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH*
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat