Home Artikel PAS Wilayah

MyBeras inisiatif Wilayah Persekutuan buat golongan terjejas

225
SHARE

Oleh: Ramizah Rahmad 16 Februari 2021

BATU : Program Sumbangan Kasih PAS Kawasan Batu bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini.
Program yang dijalankan di Perumahan Awam Sri Terengganu itu bertujuan untuk menyampaikan sumbangan beras melalui program MyBeras@Wilayah kepada kira-kira 30 orang penduduk yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara sejak tahun lepas.

Hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut adalah Pengerusi MPP Sub Zon 1 yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Samsuddin Yaacob bersama Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Perumahan Awam Sri Terengganu, Remond Poh.
Turut diadakan dalam majlis yang sama adalah sesi suai kenal bersama pemimpin KRT setempat bagi membina hubungan baik bersama penduduk, sekaligus memberi ruang untuk orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkait kejiranan kepada pihak yang sepatutnya.

Samsuddin Yaacob yang merupakan Pengerusi MPP Sub Zon 1 turut merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina bagi masyarakat Thiong Hwa yang menyambutnya secara sederhana tahun ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hadir bersama dalam program ini adalah ahli jawatankuasa MPP Sub Zon 1, Sabrina Ab Rahim dan Indah Suria Yahya serta ahli jawatankuasa PAS Cawangan Fasa 8/9.