Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 14 kes baharu

341
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 16 Feb : Hanya 14 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 14 kes tersebut, 12 daripadanya adalah kes tempatan, dua lagi adalah kes Import B dan tiada kes banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 14 kes itu juga, lapan kes dikesan di Melaka Tengah, empat kes di Alor Gajah sementara dua kes lagi dikesan di Jasin.

JKNM juga melaporkan sebanyak 69 kes sembuh baharu direkodkan hari ini, 810 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC termasuk 13 kes ICU sementara lapan kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Tambah JKNM lagi, kluster yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Industri Serkam, Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Tekonologi Berendam dan Kluster Teknologi Lot Enam.

Selain itu, tambah laporan itu lagi, kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan, Kluster Industri TTJ Negeri Sembilan, Kluster Jalan Ithnin Johor dan Kluster Jalan Gombak.

Bagi status kategori zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, 11 mukim berada di zon hijau, 20 mukim lagi berada di zon kuning, tiada mukim berada di dalam zon jingga atau zon merah.

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, empat zon hijau; 22 mukim di dalam zon kuning; dua mukim di dalam zon jingga; dan hanya satu mukim kini masih di dalam zon merah iaitu mukim Bandar Melaka (50 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, enam adalah di dalam zon hijau; 14 adalah dalam zon kuning; tiada mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (1325 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2720 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 1300 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 451 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 269,165 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis Indera Kayangan.