Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Perjanjian Naning dan Rembau dengan Belanda di Melaka diperbaharui

510
SHARE

13 FEBRUARI 1680 (SELASA)

PADA hari ini dalam tahun 1680, satu perjanjian damai di antara Belanda di Melaka dengan Naning dan Rembau, diperbaharui.

Belanda yang berjaya menawan Melaka pada 14 Januari 1641, sering diserang oleh Johor, dari Naning dan Rembau yang ingin membela kejatuhan Empayar Melaka.

Pada 24 Julai 1641, Naning dan Rembau terpaksa menandatangani satu perjanjian dengan Belanda di Melaka. Mereka dikehendaki mengiktiraf kedaulatan serta kewibawaan Belanda yang juga berkuasa sebagai pemungut cukai ke atas penjualan buah pinang, sireh, padi, cukai tanah dan cukai kepala kepada rakyat Naning dan Rembau.

Raja Ibrahim dari Acheh yang dilantik sebagai pemimpin oleh Naning dan Rembau, memberi amaran kepada Belanda supaya tidak campur tangan di Naning dan kapal-kapal beliau di Selat Melaka.

Gambaran majlis menandatangani perjanjian (Kredit foto : Google)

Tentangan Raja Ibrahim ini berakhir dengan kematian beliau di tangan seorang Bugis bernama Baggia.

Kematian Raja Ibrahim menyebabkan Naning dan Rembau menjadi lemah dan terpaksa menandatangani perjanjian damai ini serta menerima kewibawaan Belanda di Melaka.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

PAU USTAZ
Gerai hadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang Melaka. Tempahan Whatsapps : +60136315113

TEPEN FROZEN YONG TAU FOO
Hubungi agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera – Bahrum : 011-16964842