10 FEBRUARI 1900 (SABTU)
PADA hari ini dalam tahun 1900, Sultan Kelantan, Tuan Long Mansur ibni Sultan Ahmad, mangkat setelah memerintah Kelantan bermula dari tahun 1891-1900.
Baginda menaiki takhta Kelantan berikutan kemangkatan Sultan Mahmud ketiga. Mengikut sumber sejarah, Tuan Long Mansur merampas takhta kerajaan dengan sokongan oleh pengikutnya terutama Dato’ Laksamana (Che Ha) dan Sri Paduka (Nik Yusof) sehingga baginda memakai gelaran Sultan.
Berikutan itu, Raja-raja Kelantan yang turut merebut takhta ini, menghantar surat dan utusan ke Bangkok.
Pada 1891, Kerajaan Siam menghantar Pesuruhjaya, Phra Ong Chau Sai untuk menyelesaikan pergaduhan dalam kalangan Kerabat Diraja Kelantan ini dan dalam tahun yang sama, barulah Kerajaan Siam mengesahkan Tuan Long Mansur sebagai Raja Kelantan dengan gelaran Phya Pipit Pakdi atau Sultan Mansur mengikut panggilan orang Kelantan.
Perebutan takhta Kerajaan Kelantan timbul semula berikutan kemangkatan baginda dan akhirnya Tuan Long Senik, anak Sultan Muhamad Ketiga dilantik menjadi Sultan Kelantan setelah campur tangan daripada Kerajaan Siam.
Skrip: Aliza Minai Rajab/ Arkib Negara Malaysia
Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia
Agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN – Bahrum : 011-16964842
PAU USTAZ
Gerai hadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang Melaka. Tempahan Whatsapps : +60136315113