Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Perjanjian perlaksanaan projek cahaya dan bunyi

388
SHARE

5 FEBRUARI 1988 (JUMAAT)

PADA hari ini dalam tahun 1988, satu Perjanjian Projek Cahaya dan Bunyi telah dimeterai di antara Kerajaan Negeri Melaka dengan Syarikat Philips (M) Sdn. Bhd. bertempat di Bandar Melaka.

Kerajaan Negeri Melaka diwakili oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik dan Syarikat Philips (M) Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Eksekutifnya Encik A. Ilham.

Projek Cahaya dan Bunyi merupakan satu-satunya projek raksasa pelancongan di Malaysia khususnya bagi negeri Melaka.

Cahaya dan Bunyi Melaka | Kredit foto : Google

Projek tersebut akan mendapat perhatian dunia luar berikutan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel dijangka akan datang ke negeri yang bersejarah ini khususnya untuk menyaksikan upacara perasmian projek Cahaya dan Bunyi itu.

Menerusi persembahan Cahaya dan Bunyi itu, para penonton termasuk para pelancong dari luar Malaysia akan mengenali sejarah negeri Melaka khasnya dan Malaysia amnya dengan lebih dekat lagi.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik menegaskan bahawa projek itu sudah tentu akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri Melaka dan secara tidak langsung akan meninggikan lagi taraf ekonomi rakyat negeri Melaka.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia



Agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera TEPEN FROZEN
Hubungi Bahrum : 011-16964842