JERLUN – Pada 4 Februari 2021, kesusahan seorang mahasiswa ketika pembelajaran secara atas talian telah berakhir apabila menerima sumbangan sebuah komputer riba daripada Pemuda PAS Kawasan Jerlun dengan kerjasama NGO Jerlun Care.
Siti Zarifah Nasuha Binti Mohd Zahid yang berumur 21 tahun, anak keempat daripada 6 beradik ini sedang menuntut di UiTM Puncak Alam Selangor dalam jurusan pelancongan, kini terpaksa belajar secara atas talian di rumah akibat Pandemik COVID-19.
“hasrat kami dengan sumbangan komputer riba ini untuk merapatkan jurang pembelajaran di antara yang mampu memiliki peranti digital dengan yang kurang bernasib baik,
“Semoga usaha kecil kami ini akan dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas,
“Kami berharap inisiatif ini akan merintis model-model pembelajaran digital untuk penggunaan pada masa depan,” ujar Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun, Abdul Hadi Omar ketika dihubungi.