Saya agak terkejut mendengar berita kematian enam orang pelajar tahfiz dari Madrasah Tahfiz Al-Hashimi, Kg Telekong Kuala Krai akibat kemalangan pagi tadi.
Saya merakamkan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan sama ada yang telah meninggal dan yang masih lagi dirawat di Hospital.
Saya diberi maklum kesemua mereka dalam perjalanan untuk mengikuti Daurah Al-Quran di Madinah Ramadhan Kota Bharu. Sesungguhnya tidak ada kemuliaan melainkan kemuliaan memertabatkan Al-Quran dalam kehidupan.
Semoga Allah menempatkan mereka semua di Syurga-Nya bersama para syuhada’ dan solehin. Mudah-mudahan amalan akhir mereka dalam mempelajari Al-Quran diberi ganjaran yang berlipat ganda khasnya dibulan Ramadhan Al-Mubarak.
USTAZ DATO’ HJ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
{jathumbnail off}