Home Berita PAS Sarawak

Ramadhan : Bubur Lambuk Untuk Penduduk Kampung Segan, Bintulu

694
SHARE

6 Ramadhan 1438 bersamaan 1 Jun 2017 – Bintulu:  Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu (DMPKB) tidak melepaskan peluang untuk mengadakan program berbentuk kemasyarakatan sempena Ramadhan & cuti umum Hari Gawai.

Antara Program menarik yang diadakan pada hari ini ialah bergotong-royong memasak bubur lambuk pada sebelah pagi, manakala edaran bubur lambuk kepada penduduk kampung diadakan pada sebelah petangnya dengan kerjasama Pemuda PAS Kawasan Bintulu. 

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak juga turut hadir memeriahkan progam pada hari ini.

Sebanyak 100 buah bekas bubur lambuk berjaya diagihkan kepada penduduk kampung Kuala Segan. Agihan tersebut bukan sahaja kepada penduduk yang beragama Islam malah diagihkan tidak mengira agama dan kaum.

Sambutan dari penduduk Kampung amat meriah sekali. Semoga program-program seperti ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada adik-adik jemaah malah terus diingati di hati penduduk kampung dan dapat diteruskan menjelang Ramadhan yang akan datang in Shaa Allah.

 

{jathumbnail off}