Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar

1307
SHARE

22 JANUARI 2010 (JUMAAT)

PADA hari ini dalam tahun 2010, DYMM Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Johor.

Suasana pilu beserta 77 das tembakan meriam mengiringi pedati Diraja yang membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar dari perkarangan Istana Besar Johor ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, 23 Januari 2010.

Keratan akhbar sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan berita ini (Kredit foto : Google)

Almarhum Sultan Iskandar diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bharu. Baginda mendapat pendidikan di Trinity Grammar School, Australia dan seterusnya ke United Kingdom.

Baginda pernah menjadi Pegawai Kadet Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor dari tahun 1956 hingga 1959. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981 dan dilantik sebagai DYMM Yang Dipertuan Agong Kelapan pada April 1984.

Jenazah baginda disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bharu. Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, disifatkan sebagai perginya seorang raja berjiwa rakyat yang banyak menyumbang sebahagian hayatnya demi memastikan nasib rakyat yang miskin terutama di luar bandar, terbela sepenuhnya.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia