Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Mukim Telok Mas zon merah hari ini!

889
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 8 Jan : Mukim Telok Mas yang baru diisytiharkan sebagai zon jingga semalam, hari ini diisytiharkan pula sebagai zon merah apabila jumlah pesakit aktif Covid-19 di mukim itu meningkat kepada 73 kes hari ini.

Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu petang tadi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (100 kes) dan Machap (236 kes) hari ini masih di dalam zon merah sementara itu 38 mukim lagi berada di dalam zon kuning.

Mukim-mukim di dalam zon kuning itu ialah :

DAERAH ALOR GAJAH

• Durian Tunggal (4 kes)
• Klemak (1 kes)
• Melaka Pindah (2 kes)
• Melekek (1 kes)
• Pulau Sebang (1 kes)
• Sungai Baru Ilir (6 kes)
• Sungai Baru Tengah (1 kes)
• Taboh Naning (4 kes)

DAERAH MELAKA TENGAH

• Ayer Molek (7 kes)
• Bachang (1 kes)
• Balai Panjang (2 kes)
• Bandar Melaka (2 kes)
• Batu Berendam (2 kes)
• Bertam (3 kes)
• Bukit Baru (6 kes)
• Bukit Katil (5 kes)
• Bukit Lintang (1 kes)
• Bukit Rambai (6 kes)
• Cheng (6 kes)
• Kandang (1 kes)
• Klebang Besar (1 kes) baharu
• Krubong (4 kes)
• Paya Rumput (1kes) baharu
• Peringgit (1 kes)
• Pernu (3 kes)
• Semabok (4 kes)
• Tangga Batu (2 kes)
• Tanjung Kling (10 kes)
• Tanjung Minyak (5 kes)

DAERAH JASIN

• Ayer Panas (4 kes)
• Rim (1 kes)
• Sebatu (1 kes)
• Selandar (3 kes)
• Sempang (2 kes)
• Serkam (3 kes)
• Sungai Rambai (1 kes)
• Umbai (4 kes).

Bagi kes positif baharu untuk hari ini, JKNM melaporkan sebanyak 70 kes direkodkan di negeri Melaka di mana 61 daripadanya adalah daripada kes tempatan manakala sembilan lagi adalah daripada kes Import B yang melibatkan ketiga-tiga Daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Kata laporan itu lagi, tiga kluster masih aktif iaitu Kluster Rambai, Kluster Telok Mas dan Kluster Anak Air

JKNM juga memaklumkan beberapa kawasan berisiko yang terlibat untuk kes positif Melaka hari ini iaitu Negeri Selangor – Klang, Subang; Putrajaya; Negeri Johor- Kota Tinggi, Johor Bahru, Tangkak, Kluang; Negeri Sembilan -Jelebu dan Pulau Pinang

Berikut adalah perincian kes dinyatakan di dalam poster di bawah ini:

Tambah laporan itu lagi, sebanyak 336 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2643 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 1086 kes dan diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 401 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.