Oleh : Ibnu Janie
TANGGA BATU, 8 Jan : Pengurusan SRITI Al Fattah Tangga Batu memohon sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos pengubahsuaian premis sekolahnya.
Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad, pihak SRITI Al Fattah telah menyewa sebuah lagi rumah kedai yang baharu sebagai tambahan kepada bangunan yang sedia ada.
“Premis baharu ini kita nak ubahsuai sebagai kelas yang baharu dan juga ruang solat bagi menampung pertambahan bilangan pelajar.
“Jadi kita memohon sumbangan daripada orang ramai yang bermurah hati untuk menyumbang bagi memberikan keselesaan kepada anak-anak kita untuk belajar,” ujar beliau dalam satu kenyataan kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam.
Maklumat lanjut mengenai perkara ini dipaparkan di dalam video ini :