Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Kluster baharu Anak Air

474
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 6 Jan : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) hari ini mengisytiharkan kewujudan satu kluster baharu iaitu Kluster Anak Air melibatkan beberapa kes di Daerah Melaka Tengah dan Jasin seperti yang dilaporkan dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKNM, kes pertama kluster ini dilaporkan pada 1 Januari lepas yang dikesan menerusi saringan bergejala terhadap 150 orang yang terlibat di mana 14 daripada mereka didapati positif, 108 negatif sementara 28 lagi sedang diuji.

Menurut laporan itu lagi, sebanyak 13 kes baharu direkodkan hari ini di mana enam kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, dua di Daerah Alor Gajah, sementara lima lagi dikesan di Daerah Jasin.

Berikut adalah perincian kes :

Tambah laporan itu lagi, sebanyak 485 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (115 kes) dan Machap (297 kes) hari ini masih di dalam zon merah.

Sementara itu sebanyak 36 mukim diisytihar sebagai zon kuning hari ini bertambah dua mukim berbanding 34 mukim semalam apabila mukim Sungai Rambai dan Rim mencatatkan kes baharu hari ini.

Mukim-mukim itu ialah :

DAERAH ALOR GAJAH

• Durian Tunggal (6 kes)
• Klemak (2 kes)
• Melaka Pindah (2 kes)
• Melekek (1 kes)
• Pulau Sebang (1 kes)
• Sungai Baru Ilir (7 kes)
• Sungai Baru Tengah (1 kes)
• Taboh Naning (4 kes)

DAERAH MELAKA TENGAH

• Ayer Molek (6 kes)
• Bachang (1 kes)
• Balai Panjang (2 kes)
• Bandar Melaka (2 kes)
• Batu Berendam (2 kes)
• Bertam (2 kes)
• Bukit Baru (6 kes)
• Bukit Katil (4 kes)
• Bukit Lintang (1 kes)
• Bukit Rambai (8 kes)
• Cheng (6 kes)
• Kandang (1 kes)
• Krubong (4 kes)
• Peringgit (1 kes)
• Pernu (2 kes)
• Semabok (3 kes)
• Tangga Batu (5 kes)
• Tanjung Kling (13 kes)
• Tanjung Minyak (4 kes)
• Telok Mas (20 kes)

DAERAH JASIN

• Ayer Panas (4 kes)
• Rim (1 kes) baharu
• Sebatu (1 kes)
• Selandar (3 kes)
• Sempang (1 kes)
• Serkam (2 kes)
• Sungai Rambai (1 kes) baharu
• Umbai (3 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2593 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana ia merupakan rekod harian tertinggi pernah dicatatkan negara setakat ini.

Selangor hari ini kekal mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 965 kes dan masih diikuti oleh Johor yang mencatatkan 571 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.