Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 5 Jan : 21 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) di dalam satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.
Menurut laporan, daripada 21 kes itu, 16 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, sementara lima lagi dikesan di Daerah Jasin.
Berikut adalah perincian kes :
DAERAH MELAKA TENGAH
Mukim Bukit Lintang dan Kandang
▪︎ 2 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes positif Ayer Molek.
▪︎Umur: 25 dan 31 tahun
Mukim Bukit Baru dan Bukit Katil
▪︎3 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes positif Bukit Katil
▪︎Umur : 32,32 dan 36Tahun
Mukim Bukit Katil
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes saringan kontak rapat
( Kakak) Kes Titiwangsa, Kuala
Lumpur
▪︎Umur: 23 tahun
Mukim Batu Berendam
▪︎1 kes jangkitan Import B
▪︎Saringan bergejala
▪︎Balik daripada Sabah
▪︎Umur: 62 tahun
Mukim Batu Berendam
▪︎2 kes jangkitan tempatan
▪︎Kontak rapat kes positif
Batu Berendam
▪︎Umur: 21 dan 49 Tahun
Mukim Ayer Molek
▪︎3 kes jangkitan tempatan
▪︎Kontak rapat kes positif
Batu Berendam
▪︎26, 54 dan 75 Tahun
Mukim Semabok dan Bachang
▪︎2 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes saringan bergejala
▪︎38 dan 55 Tahun
Mukim Tanjung Kling
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Saringan kontak rapat
Mukim Tangga Batu
▪︎55 tahun
Mukim Krubong
▪︎1 kes jangkitan IMPORT B
▪︎Saringan kontak rapat
( Kakak) kes positif Negeri
Selangor
▪︎ 34 tahun
DAERAH JASIN
Mukim Serkam dan Umbai
▪︎3 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes positif Mukim Ayer
Molek
▪︎Umur : 55,61 dan 66 tahun
Mukim Selandar
▪︎2 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes saringan kontak rapat
kes positif Mukim Selandar
▪︎21 dan 46 Tahun
Tambah laporan itu lagi, sebanyak 491 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.
Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (238 kes) dan Machap (297 kes) hari ini masih di dalam zon merah.
Sementara itu sebanyak 34 mukim diisytihar sebagai zon kuning hari ini bertambah enam mukim berbanding 28 mukim semalam.
Mukim-mukim itu ialah :
DAERAH ALOR GAJAH
• Durian Tunggal (6 kes)
• Klemak (2 kes)
• Melaka Pindah (2 kes)
• Melekek (1 kes)
• Pulau Sebang (1 kes)
• Sungai Baru Ilir (7 kes)
• Sungai Baru Tengah (1 kes)
• Taboh Naning (4 kes)
DAERAH MELAKA TENGAH
• Ayer Molek (6 kes)
• Bachang (1 kes)
• Balai Panjang (2 kes)
• Bandar Melaka (2 kes)
• Batu Berendam (2 kes)
• Bertam (2 kes)
• Bukit Baru (5 kes)
• Bukit Katil (4 kes)
• Bukit Lintang (1 kes)
• Bukit Rambai (8 kes)
• Cheng (5 kes)
• Kandang (1 kes)
• Krubong (4 kes)
• Peringgit (1 kes)
• Pernu (2 kes)
• Semabok (2 kes)
• Tangga Batu (5 kes)
• Tanjung Kling (13 kes)
• Tanjung Minyak (4 kes)
• Telok Mas (18 kes)
DAERAH JASIN
• Ayer Panas (2 kes)
• Sebatu (1 kes)
• Selandar (3 kes)
• Sempang (1 kes)
• Serkam (2 kes)
• Umbai (2 kes).
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2027 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor kekal mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 509 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 428 kes.
Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis.