Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 1 kematian, 5 kes positif baharu

665
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 26 Dis : Satu kes kematian baharu dan lima kes positif baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini, seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Kes kematian baharu yang dilaporkan ini melibatkan mangsa berumur 69 tahun daripada Mukim Telok Mas, Daerah Melaka Tengah, di mana ini adalah kes kematian keenam akibat Covid-19 yang direkodkan di dalam Negeri Melaka semenjak wabak ini menyerang negeri ini.

Untuk rekod, kali terakhir Melaka merekodkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 8 Mei lepas.

Menurut laporan itu lagi, daripada lima kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini tiga dikesan di Daerah Melaka Tengah sementara dua lagi di Daerah Jasin.

Berikut adalah perincian kes :

DAERAH MELAKA TENGAH

Mukim Bukit Katil
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes daripada saringan kontak
rapat kes positif (Kontak : Rakan)
▪︎Umur : 58 tahun

Mukim Machap
▪︎ 1 kes jangkitan tempatan.
▪︎ Kes saringan Depoh
Tahanan Imigresen
▪︎( Pengusiran Negara Asal)
▪︎ Kes kontak rapat kes positif
▪︎ 33 tahun

Mukim Sungai Baru Ilir
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎Kes saringan kontak rapat
Kes positif (Kontak : Keluarga)
▪︎63 tahun

DAERAH  JASIN

Mukim Jasin
▪︎1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes saringan kontak rapat
▪︎ Pusat Koreksional
▪︎ Kluster Jalan Harapan
▪︎ 24 Tahun

Mukim Ayer Panas
▪︎ 1 kes jangkitan tempatan
▪︎ Kes saringan kontak rapat kes
positif
▪︎ (Kontak : Keluarga)
▪︎ Bayi 5 bulan

Sebanyak 362 kes masih dirawat di Hospital Melaka, PKRC Penjara Sungai Udang dan PKRC MAEPS Serdang, dengan satu kes ICU, sementara 139 kes sembuh baharu direkodkan untuk hari ini, kata laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (249 kes) dan Machap (96 kes) hari ini kekal di dalam zon merah, sementara dua belas mukim lagi dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Durian Tunggal (2 kes) Klemak (2 kes), Sungai Baru Ilir (1 kes), Sungai Baru Tengah (1 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bertam (1 kes), Bukit Rambai (2 kes), Cheng (1 kes), Tangga Batu (3 kes), Tanjung Kling (3 kes), Telok Mas (1 kes) dan Sebatu (2 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 2335 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Kuala Lumpur mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 728 kes dan diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 710 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Terengganu.