Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 12 Dec : Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang anak mereka menerima anugerah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPKK 2019 hari ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama dengan wakil rakyat kesayangan mereka, Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin seusai majlis itu pagi tadi.
Majlis yang diadakan bagi meraikan 203 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 8A dan 112 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 7A di dalam perperiksaan UPKK Sekolah-sekolah Rendah Agama JAIM tahun 2019 ini berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini pagi tadi.
Sebaik majlis itu berakhir ramai ibu bapa dan pelajar mula menghampiri Mas Ermieyati yang ketika itu sedang bersiap sedia untuk sidang media bersama-sama wakil media yang hadir ketika itu menyebabkan beliau terpaksa melewatkan sidang media beliau bagi membolehkan beliau bergambar bersama mereka.
Ramai antara ibu bapa dan pelajar juga dilihat mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah itu di atas penganjuran program penghargaan ini.
Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Nazri Ramli, Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Agama JAIM Alor Gajah, Ustazah Shamsiah Zakariah, Pegawai Tadbir Agama, Muhammad Mawardi Shafai mewakili Pengarah JAIM, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Ahmad Arif Ali, mewakili Pegawai Daerah Alor Gajah dan guru-guru Sekolah Rendah Agama JAIM di dalam Parlimen Masjid Tanah.
Kredit foto : Team Media PN Masjid Tanah