Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 8 Dec : Tiada kes positif baharu dikesan di Negeri Melaka sementara Mukim Masjid Tanah pula kembali hijau hari ini.
Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.
Tambah laporan itu lagi sebanyak 15 kes masih dirawat di Hospital Melaka, tiada kes rawatan ICU dan tiada kes sembuh baharu dilaporkan untuk hari ini.
Laporan itu juga menyatakan lima mukim masih dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Sungai Baru Ulu (1 kes), Bukit Piatu (3 kes), Klebang Kechil (1 kes), Tanjung Minyak (5), dan Selandar (1 kes).
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1012 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 417 kes diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 271 kes.
Laporan itu juga menyatakan empat negeri atau wilayah tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini iaitu Labuan, Terengganu, Melaka dan Perlis.