Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Perasmian Masjid Selat Melaka

1237
SHARE

24 NOVEMBER 2006

PADA hari ini dalam tahun 2006, Masjid Selat Melaka telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Masjid ini dibina di atas permukaan laut di dalam kawasan pulau buatan yang diberi nama Pulau Melaka. Senibina masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Terapung ini berkonsepkan Islam Moden yang menggabungkan elemen senibina Melayu dan Timur Tengah.

Pembinaannya bermula pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Dihiasi empat kubah disetiap penjuru masjid yang menjadi pelengkap kepada sebuah kubah besar.

Terdapat juga sebuah menara setinggi 30 meter dan cahaya yang dipancarkan melalui menara ini menjadi panduan kepada kapal yang melalui Selat Melaka dan pesawat di ruang udara.

Selain memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri dalam meningkatkan syiar Islam, masjid yang dibina di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan di Banda Hilir ini menjadi salah satu mercu tanda yang mampu menarik kedatangan pelancong ke negeri bersejarah itu.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan ARKIB NEGARA MALAYSIA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)