Home Berita PAS Melaka

Tazkirah pagi Jumaat : Anda ingin jadi orang yang bertakwa?

558
SHARE

Al-Baqarah 2:2

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Anda ingin menjadi orang yang bertakwa? Maka jadikanlah Al Quran sebagai petunjuk jika anda ingin menjadi orang yang bertakwa. Kerana mengambil selain daripada Al Quran tidak akan membawa anda menjadi orang yang bertakwa.

Bagaimana pula dengan sunnah Rasulullah SAW? Bukankah di dalam Al Quran itu Allah telah mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul-Nya dan memerintahkan kita agar mentaati Rasulullah SAW. Maka menjadikan Al Quran sebagai petunjuk dalam jalan mencapai ketakwaan juga bermaksud mengambil juga sunnah Rasulullah SAW.

Maka kita tiada pilihan lain selain daripada mengambil petunjuk dan jalan melalui panduan Al Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW. Bukan saya yang cakap tapi Allah yang beritahu begitu di dalam Al Quran yang tiada sebarang syak dan wasangka di dalamnya.

Apa yang baik itu daripada Allah, apa yang lemah dan kurang itu saya memohon ampun daripada Allah.

و الله أعلم. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سيروا على بركة الله.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

#AllahJagaKita
#DemiIslam

USTAZ MOHD. SHAFIQ ISMAIL
Ketua Urusan Ulamak
PAS KAWASAN TANGGA BATU


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)