Home Berita PAS Melaka

Kalam murabbi : Jihad kontemporari

658
SHARE

Bismillah…

Kefarduan jihad

JIHAD adalah wajib/fardu bagi semua umat Islam tanpa khilaf. Tetapi kefarduannya terbahagi mengikut keadaan ini:

a) Fardu kifayah – Sekiranya tiada arahan untuk berjihad daripada pemimpin.

b) Fardu ain – Sekiranya tentera Islam bertembung dengan tentera kuffar atau orang kuffar mencerobohi negara Islam untuk tujuan perang atau sekiranya pemimpin mengarahkan untuk keluar berjihad.

Jihad masa kini

Musuh Islam hari ini sentiasa merancang dan berusaha sedaya mungkin untuk menjatuhkan Islam. Pakatan mereka hari ini melancarkan serangan baharu iaitu serangan pemikiran bertujuan memasukkan fahaman-fahaman yang songsang dalam pemikiran umat Islam. Kejayaan terbesar serangan ini adalah berjaya menjatuhkan Khilafah Islamiah hingga lenyap ke hari ini.

Justeru itu, antara ruang terbesar jihad sekarang adalah untuk melawan serangan pemikiran ini. Antara agenda yang digunakan untuk melaksanakan serangan tersebut adalah menguasai politik Islam. Mereka berusaha memasuki semua sudut termasuklah media massa, ekonomi, hiburan dan sebagainya.

Dr. Yusof Qardawi memperincikan ruang jihad masa kini melalui tiga jalan iaitu:

1) Jihad membebaskan negara Islam daripada penjajah.

2) Jihad mengubah undang-undang kuffar.

3) Jihad menyampaikan dakwah ke seluruh dunia.

Jihad berjemaah

Melihat kepada serangan hampir dari semua penjuru kehidupan manusia, umat Islam perlu membentuk suatu jemaah yang mampu menangani serangan mereka secara tersusun dan berstrategi. Umat Islam hendaklah melibatkan diri dengan jemaah Islam untuk memastikan amanah jihad terlaksana sebaik m

Imam Hassan Al Banna ada menyebut, seorang Muslim yang ingin bekerja untuk Islam perlu menghias diri mereka dengan sifat-sifat berikut:

1) Niat ikhlas kerana Allah

2) Melazimi ibadah wajib dan sunat

3) Meninggalkan maksiat

4) Sentiasa menambah ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama

5) Berhias dengan akhlak yang baik

6) Memperbaiki pergaulan dengan masyarakat

7) Mengekalkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga

8) Sentiasa berdisiplin (masa dan gerak kerja khususnya)

9) Mahir dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi

10) Memastikan keadaan kewangan yang tidak mengganggu kerja dakwah dan jihad

Diharapkan agar perkongsian di atas bermanfaat untuk kita khususnya ‘abnaul harakah’ untuk sama-sama menjalankan gerak kerja dakwah serta memerangi musuh Islam ini yang bukanlah suatu tugasan yang mudah.

Bekerja untuk Islam!

Moga bermanfaat.

Rujukan: Nadi Perjuangan (bil.6)

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Negeri Melaka
-Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka
-Yang Dipertua (YDP) PAS Masjid Tanah

Kredit : Facebook Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)