Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Teladani Rasulullah SAW dalam Kehidupan Kita

866
SHARE

Teladani Rasulullah SAW dalam Kehidupan Kita

Firman Allah SWT:
(وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ)

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah Al-Anbiya’ ayat 107)

Salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW.

Matlamat utama kita sebagai hamba Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Allah telah memerintahkan kita untuk mengikuti jejak langkah kekasih-Nya, Rasulullah SAW yang tercinta.

Baginda SAW adalah seorang pemimpin ulung di dalam sejarah dunia. Baginda juga hebat dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah undang-undang tatanegara, pentadbiran, hubungan interpersonal, psikologi, kekeluargaan, pemikir solusi dan banyak lagi.

Justeru, Baginda yang digelar Habibullah ini hendaklah dijadikan “Uswatun” dan “Qudwatun” di dalam kehidupan kita semua. Firman Allah SWT: لقد كان لكم في رسول الله أسوة
حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الاخر وذكرالله كثيرا
(Surah al Ahzab 21)

Kita juga mesti mensyukuri segala pengorbanan Baginda SAW kerana berkat keringat peluh dakwah dan titisan darah Baginda SAW, maka sampailah agama Islam ini kepada kita semua.

Syukur pada-Mu Ya Allah. Terlalu besar nikmat ini kepada kita selaku ummatnya.

Bersempena dengan Maulidur Rasul yang amat bermakna ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya.

Semoga kita sentiasa mengambil ibrah daripada sirah Baginda SAW dalam mendepani pelbagai cabaran demi menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.

“Ummah Rabbani, Negara Harmoni”

Ok#IslamMemperkukuhPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 Oktober 2020 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1442H