Home Artikel PAS Melaka

DPPKAG santuni anak yatim sempena Maulidur Rasul

271
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 29 Okt : Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah (DPPKAG) diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Mohd Afif Che Roselam telah menganjurkan program ziarah anak yatim sempena Maulidur Rasul, di Kampung Paku, Rembia di sini semalam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin yang turut serta dalam program ini telah menyempurnakan penyampaian sumbangan barangan dapur dan wang tunai kepada Zanurah Mustapa, 38, ibu kepada anak yatim tersebut.

Zanurah pada masa ini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuat kuih untuk dijual di restoran berdekatan demi menyara tiga orang anak beliau.

Beliau yang kehilangan suami lima tahun lepas berterima kasih kepada DPPKAG atas sumbangan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau menampung perbelanjaan dapur.

Menurut Zanurah, selain mengalami masalah kewangan, rumah beliau juga kini mengalami kerosakan seperti keretakan dinding dan kerosakan perabot disebabkan anai-anai yang memerlukan belanja yang tinggi untuk baik pulih.

Ziarah turut dihadiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah, Rosela Alwi dan pimpinan muslimat tempatan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)