Home Berita PAS Melaka

Sudut pandang Ustaz Imran : PRN Sabah – Bila PAS ‘work smart’…

1657
SHARE

SEMASA PAS tidak dapat meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini bersorak-sorailah penyokong-penyokong PAN mentertawakan PAS!

Lalu berbagai-bagai kata sendaan mereka ungkapkan untuk memperlekehkan PAS. ‘Tukang pacak bendera’, ‘kena tipu’ dan macam-macam lagi.

PAN pula berbangga dapat peluang meletakkan satu calon dalam PRN itu. Satu sahaja pun. Pada PRU-14 dahulu PAN langsung tidak diberi peluang bertanding. Kali ini PAN diberi peluang bertanding di N24 Tanjung Keramat dengan calonnya Rosdy Wasli

Namun PAS terus tabah memekakkan telinga dengan segala hinaan. PAS tidak merajuk dan tidak sedikit pun memprotes. Bagi PAS semangat setiakawan, keikhlasan dan kejujuran amat penting dalam persahabatan. Ia bukan sekadar kata-kata, tapi tindakan.

PAS boleh sahaja terus meletakkan calon persendirian sebagai protes. Biar GRS tahu betapa marahnya PAS bila diketepikan. PAN dahulu pun apabila tidak dapat kerusi untuk bertanding dalam PRU-14 di Sabah mereka tetap meletakkan calon di dua kerusi iaitu di P185 Batu Sapi dan N58 Merotai.

Paling tidak pun PAS boleh mengarahkan ahli-ahlinya di Sabah untuk tutup markaz dan duduk di rumah sebagai protes dan tanda kemarahan. Pemimpin PAS juga boleh saja memulaukan PRN itu dan tidak turun untuk membantu rakan GRS dalam PRN ini. Dan itu pun sebenarnya yang diharapkan oleh musuh-musuh PAS terutama PAN. Namun itu bukan cara PAS.

Jika kita lihat komen-komen penyokong-penyokong PAN di media sosial semasa berlangsungnya kempen PRN Sabah itu seperti tidak sabar-sabar mahu ‘posing’ di depan orang-orang PAS jika calon mereka Rosdy Wasli menang sebagai anak sulung PAN dalam DUN Sabah.

Namun seperti yang kita semua tahu satu-satunya calon PAN itu gagal memperolehi kemenangan. Malah kerajaan Warisan-PH tersungkur ditolak rakyat Sabah.

Dan pada 8 Oktober lepas, akhirnya lahirlah anak sulung PAS dalam DUN Sabah apabila Setiausaha Perhubungan PAS Sabah yang juga seorang pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dilantik sebagai Adun lantikan di dalam DUN Sabah.

Ungkapan PAN kalah bertanding, PAS menang tanpa bertanding akhirnya menjadi kenyataan. Mungkin itulah balasan atas kesabaran PAS yang mempamerkan semangat setiakawan yang tinggi dalam berpolitik.

Cuba bayangkan jika PAS melakukan protes terhadap GRS semasa pilihan raya itu seperti mana PAN dahulu dengan tetap menghantar calon seperti yang PAN lakukan? Jika itu berlaku mungkin PAS tidak diberi peluang seperti ini sebagaimana PAN tidak diberi peluang walau seorang pun Adun lantikan oleh Shafie Apdal selepas PRU14.

Memang benar, di sekolah dahulu cikgu-cikgu selalu mengungkapkan nasihat kepada anak-anak murid bahawa untuk berjaya kita perlu ‘work smart’ bukan ‘work hard’.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
Timbalan Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Melaka
Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah



Wartawan Rakyat Melaka (WARM)