Oleh : Al-Ansari
ALOR GAJAH, 11 Okt : Seorang ibu tunggal yang menerima sumbangan daripada Jabatan Pilihanraya Dun (JPrD) PAS Gadek, mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas bantuan yang diterima itu.
Penerima sumbangan tersebut, Siti Zulaiha Bahari, 29, berkata beliau amat bersyukur kerana bantuan ini dapat mengurangkan beban ditanggung beliau untuk menyara tiga orang anak di samping membuat perniagan secara dalam talian.
Sumbangan daripada JPrD PAS Gadek berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, sardin dan keperluan asasi itu disampaikan oleh Pengarah JPrD PAS Gadek, Mohd Afif Che Roselam yang mengetuai rombongan turun padang menziarahi ibu tunggal tersebut yang menetap di Kampung Paya Datok.
Ziarah turut disertai Setiausaha PAS Kawasan, Syahmi Satar dan Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Alor Gajah, Fitri Mokhtar.