Home Berita PAS Melaka

Sudut BMF : Anak jati Melaka hasilkan produk popcorn Sweekiz

1219
SHARE

Oleh : Siti Hajar

UMUM mengetahui bahawa sektor ekonomi kini majoritinya dimonopoli oleh golongan bukan Islam yang menyebabkan pengguna Muslim kurang pilihan untuk membeli produk halalan toyyiban (halal lagi bersih) menurut garis panduan agama Islam.

Hal ini mencetuskan semangat berkobar-kobar pengasas Sweekiz POP CORN, Nor Afendey Aznor Rizal untuk bergelar usahawan yang mengangkat jenama Muslim sehingga ke peringkat global. Beliau mengambil inisiatif mengeluarkan dan memasarkan sendiri produk makanan bertih jagung dengan mengoperasikan kilang milik beliau yang terletak di Lesung Batu, Alor Gajah, Melaka.

Afendey berbaju hitam – Kredit foto : FB Sweekiz Popcorn

“Saya niat mahu bersedekah dan ingin menolong antara satu sama lain, sebab itu saya sediakan sistem ejen untuk tambah pendapatan mereka yang memerlukan.” ujar Nor Afendy.

 

Tambahnya lagi, perniagaan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, beliau berhasrat untuk mengikuti jejak Nabi Muhammad SAW dengan menceburi bidang perniagaan makanan.

Datang dalam dua perisa iaitu perisa coklat dan karamel yang rangup serta sedap, pembeli boleh mendapatkan Sweekiz POP CORN dengan mudah kerana hampir setiap negeri mempunyai ejen syarikat ini. Penghantaran akan dilakukan secara pos ataupun melalui ‘runner’ yang telah dilantik.

“Alhamdulillah, baru-baru ini ada stesen minyak yang sudi menjadi peruncit produk kami iaitu stesen Shell Jalan Peringgit. Ia hasil usaha pekerja kami yang berdedikasi mencari jalan untuk meluaskan lagi pasaran”, ujarnya dengan nada gembira ketika dihubungi penulis.

Sebarang tempahan atau sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen, peruncit dan lain-lain boleh menghubungi stokis di talian 011-1314 0751 (Abu Bakar) atau 019-718 1008 (Saliza Ahmad).

Penulis adalah Wartawan Rakyat Melaka (WARM) dan ahli Grup Penulis PAS Melaka.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)