Home Berita PAS Wilayah

PAS Labuan simpati warga emas maut di langgar

1139
SHARE

Oleh: Abdullah Somad

LABUAN, Isnin – Lajnah Kebajikan Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Labuan menziarahi keluarga almarhumah Rosnah Binti Banggau, 62, yang terlibat dalam kemalangan maut di Kg. Bukit Kuda di sini kelmarin.

Ziarah yang diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Labuan, Hj Hamir Hj Zahari bersama Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Junid bin Aling, Naib Yang Dipertua, Hj Abd Rahim Mohd Salleh, Ketua Muslimat, Hjh Jarinah binti Awang Jaafar serta ahli jawatankuasa yang lain.

Hj Hamir menzahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga waris atas kejadian yang menimpa pada Almarhumah dan mengharapkan agar keluarga waris terus tabah. Pada waktu yang sama juga sumbangan berbentuk wang ringgit daripada ahli-ahli PAS telah diserahkan kepada ahli keluarga waris.

“Kita mendoakan agar Almarhumah Rosni Binti Banggau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga keluarga Almarhumah terus tabah dalam mendepani ujian daripada Allah,” ujarnya.

Mengakhiri ziarah tersebut, Ustaz Ahmad Junid memimpin bacaan doa khas kepada Almarhumah agar dipermudahkan segala urusannya di akhirat kelak dan berada dikalangan orang-orang yang beriman.

Terdahulu, Almarhumah telah dilanggar lari oleh seorang pemuda berusia 23 tahun pada 24 September 2020 yang lalu sekitar jam 5 petang di Kg. Bukit Kuda. Difahamkan Almarhumah sedang berjalan kaki menyeberangi jalan menuju ke rumah jirannya yang juga kenalan Almarhumah sebelum dilanggar oleh sebuah kereta.