Home Artikel PAS Selangor

Tournament Mobile Legends DACS Kawasan Gombak – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | DACS Kawasan Gombak

270
SHARE

Oleh : DACS Kawasan Gombak

Selesai penganjuran Tournament Mobile Legends Peringkat Pemuda PAS Dun Hulu Kelang. Sebanyak 8 team beradu kekuatan taktik, strategi & teamwork bagi mengalahkan pihak lawan masing-masing.

Penganjuran adalah bagi meraikan sektor anak-anak muda yg meminati sukan E-Sport ini. Diperingkat Pemuda PAS Kawasan Gombak, kita tak dapat menafikan bahawa perkembangan dunia kini berbeza dengan zaman lampau sehingga ada dikalangan anak muda di luar sana yang menjadikan sebagai kerjaya & sumber pendapatan mereka melalui sukan E-Sport.

Di dalam penganjuran ini unsur Dakwah & Tarbiyah tetap ditekankan kepada para peserta. Di dalam ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak Ustaz Ubaidillah dalam tazkirah & peringatan diberikan selain pihak urusetia turut menekankan kepada para peserta utk menjaga akhlak, menjaga tutur kata, ukhuwah persahabatan & peringatan utk menjaga solat apabila tiba waktunya.

Alhamdulillah, ini dakwah kami Pemuda PAS Gombak cuba sampaikan disamping cara & kaedah untuk mendekati & membina hubungan bersama anak2 muda.

Main game boleh je asal tidak melampaui batas & syariat yg telah ditetapkan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera #IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#DACSGombak
#PemudaBangkitDemiIslam
#PemudaPASGombak
#MemimpinNegara