Home Artikel PAS Selangor

Kukuhkan Maufakat Yang Dibina – Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Bangi

293
SHARE

Oleh : Muhammad Khairi Bin Abdul Azib

Kajang, Selangor | 28 September 2020

Ketua UMNO Cawangan Bandar Teknologi Kajang, Haji Husni Majid hadir bersama dalam program Semarak Hijau di Bandar teknologi Kajang, disini, hari ini. Menurut beliau UMNO dan PAS perlu memantapkkan gandingan dan mencari titik persamaan bagi mengukuhkan maufakat yang telah dibina.

“Saya ucap terima kasih kepada PAS Bandar Teknologi menganjurkan Semarak Hijau ini, kerana inilah satu titik pertemuan antara PAS dan UMNO untuk kita bersama-sama bergerak kerja,” ujarnya

Beliau turut menyeru hadirin yang hadir berdoa agar maufakat yang dibina terus kukuh. Hadir bersama dalam program ini ialah Setiausaha Pas Bangi, Haji Ahmad Mortaza Mokhtaruddin, Pengarah JPrD DUN Sungai Ramal Muhammad Afiq Mohd Khazar dan Ketua Wanita UMNO Bandar Teknologi, Puan Jamilah.

Diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi (DHPP), Tuan Manikam dan Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi (DHPP), Puan Sathia Bama, Jabatan Amal, wakil-wakil Muslimat dan Pemuda.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program kali ini ialah ziarah kebajikan, ziarah al-mala’, edaran risalah berkenaan PAS dan pembukaan kaunter daftar pemilih bertempat di Mydin Mall berdekatan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor